Translate

Thursday 19 July 2012

assalammualaikum.. hari ini saya akan share cerita tentang jenis2 peralatan jahitan dan cara penggunaannya..


Alatan Mengukur
Pita ukur dan pembaris ialah alatan mengukur yang digunakan dalam kerja menjahit.
  • Pita Ukur diperbuat daripada gentian kaca, sintetik, dan plastik, mempunyai penahan logam di kedua-dua hujungnya, tidak memberi teguh dan tahan.
  • Mengukur dengan tepat ukuran badan dan fabrik
  • Gulung setelah digunakan dengan nombor yang besar di sebelah dalam dan nombor yang kecil di sebelah luar.
  • Simpan di dalam kotak jahitan.


Alatan Mendraf
Pembaris sesiku dan pembaris melengkung adalah antara alat yang  digunakan untuk mendraf.

  • Pembaris lurus diperbuat daripada kayu atau plastik, tepinya licin, rata dan lurus dan mempunyai ukuran yang tepat dalam unit metrik.
  • Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola dan mengukur fabrik.
  • Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.
  • Pembaris sesiku diperbuat daripada kayu atau plastik dan mempunyai ukuran yang terang dan tepat di kedua-dua bahagian dalam unit metrik.
  • Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabrik dan bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan lubang lengen.

  • Pembaris melengkung diperbuat daripada kayu atau plastik dan ukuran metrik yang terang dan jelas.
  • Membentuk garis melengkung seperti garis leher, keruk lengan, rusuk blaus, rusuk skirt, dan kaki seluar semasa mendraf pola.
  • Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.
Alatan Menanda
Alatan menanda yang asas ialah roda surih yang digunakan bersama Karbon tukang jahit. Kapur tukang jahit boleh juga digunakan untuk memindahkan tanda pola pada fabrik.


  • Roda surih dan karbon tukang jahit diperbuat daripada keluli berkilat supaya tidak berkarat, pilih roda surih mengikut jenis fabrik dan mudah bergerak apabila ditolak.
  • Memindahkan tanda dan garisan pola pada fabrik.
  • Simpan di dalam kotak jahitan dan jangan lipat kertas karbon.
  • Kapur tukang jahit adalah kapur yang tidak mudah pecah, pilih warna yang sesuai dengan fabrik dan kapur yang dibuat daripada lilin tidak sesuai untuk fabrik sintetik.
  • Menanda garis pemadam pada fabrik dan memindahkan garisan tanda pola pada fabrik.
  • Simpan di dalam bekas supaya tidak pecah.

No comments:

Post a Comment